Faq

Apakah rokok elektronik atau eCigarette?
Rokok Elektronik merupakan simulasi yang hampir sama seperti rokok biasa dan ianya tidak menghasilkan asap rokok(pembakaran), tidak mengandungi tar atau bahan kimia berbahaya lain yang sering ditemui dalam rokok biasa. Rokok Elektronik kelihatan hampir sama seperti rokok biasa, ada rasa(perisa), tetapi menghasilkan wap asap(campuran air/PG/VG) dan bukan asap rokok biasa.

Bagaimanakah rokok elektronik berfungsi?
Rokok elektronik menggunakan alat(Atomizer) untuk menghasilkan asap ketika anda menyedut bahagian katrij yang sebenarnya adalah  wap air dan nikotin/tanpa nikotin.
Ada tiga bahagian utama rokok elektronik:

     * Katrij(tip)-
           o Contoh penapis yang ada pada hujung rokok biasa.
           o Tempat isian liquid/perisa dan nikotin.
           o Hanya berfungsi jika disambungkan kepada atomizer.
     * Atomizer(Penguap)
           o Disambungkan kepada katrij yang mengandungi perisa dan nikotin.

            Bertindak meng'wap'kan perisa dan nikotin kepada asap.
          
     * Bateri
           o Betindak untuk mengaktifkan atomizer
           Terdapat dalam pelbagai saiz dan kapasiti bateri. Bateri manual(suis) adalah antara yang                  terbaik berbanding bateri auto.
Terdapat dalam pakej iaitu pengecas dan katrij berperisa.




Dimanakah tempat yang sesuai untuk menggunakan rokok elektronik?
Ianya boleh digunakan di mana-mana sahaja kerana wap asap yang terhasil akan hilang dalam masa beberapa saat dan ianya bukan asap dari pembakaran tembakau. Asapnya juga tidak mengandungi tar atau pencemaran kecuali bau aroma perisa.


Siapakah yang boleh membeli atau menggunakan rokok elektronik?
Penggunaan rokok elektronik adalah atas inisiatif individu yang berumur 18 tahun ke atas. Penjualan kepada golongan bawah 18 adalah tidak dibenarkan sama sekali. Perokok tegar yang ingin menghentikan tabiat merokok. Pesakit kronik juga tidak digalakkan untuk menggunakan ecigarette serta golongan bukan perokok.

Berapa banyakkah kandungan nikotin yang ada dalam perisa?
Terdapat pelbagai peringkat nikotin dalam perisa. Disyorkan agar tidak mengambil perisa yang mengandungi nikotin tinggi(high). Pengambilan nikotin yang berlebihan boleh membahayakan kesihatan. 


Bolehkah rokok elektronik dikategorikan sebagai terapi untuk berhenti merokok?
Rokok elektronik bukanlah ubat atau alat terapi untuk berhenti merokok. Proses berhenti merokok adalah atas inisiatf individu. Tetapi kebanyakan pengguna rokok elektronik telah berjaya berhenti merokok termasuk saya sendiri.


Apakah perisa yang ada pada katrij isian rokok elektronik?
Anda boleh memilih pelbagai perisa dari perisa rokok biasa, jus dan buah-buahan. Berhenti menggunakan perisa rokok adalah lebih baik jika anda ingin berhenti merokok dan bertukar kepada perisa jus atau buah-buahan.


Berapakah kos set/kit Rokok Elektronik?
Terdapat pelbagai pilihan untuk pengguna dari bajet serendah RM50 sehingga RM300. Perbelanjaan membeli set/kit ini hanyalah sekali sahaja dan selebihnya kos liquid atau katrij sebagai tambahan serendah RM15 untuk penggunaan maksima selama seminggu atau lebih. Ianya juga menjimatkan berbanding rokok biasa yang diketahui umum sangat mahal dan menelan belanja yang besar setiap hari bergantung kepada kekerapan anda merokok.


Selamatkah rokok elektronik?
Untuk pengetahuan umum, sehingga kini tiada bukti yang boleh mengaitkan bahaya penggunaan rokok elektronik(sejak penemuan tahun 2003 oleh Hon Lik). Untuk membuktikan ianya selamat juga,beberapa pihak termasuk FDA sendiri masih belum menemui jawapan yang konklusif.
Rokok biasa yang diketahui merbahaya dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit pun masih menjadi pilihan perokok walaupun harganya terus meningkat.